by Oh! Semput
Kerosakan serta musibah yang dibawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho kepada negara disifatkan terlalu besar sehingga tidak wajar diberikan sebarang pertimbangan untuk dimaafkan.
Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan Jho Low tidak sepatutnya diberi sebarang pengampunan atau kelonggaran susulan skandal besar yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Parlimen Lembah Pantai hari ini.

Terdahulu, isu pengampunan itu timbul susulan laporan bahawa Jho Low didakwa sedang memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, namun perkara itu ditolak tegas oleh kerajaan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Abdul Ghani yang juga Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB sebelum ini turut menegaskan individu terbabit tidak wajar diberi sebarang kelonggaran kerana masih menjadi antara dalang utama skandal berbilion dolar itu.
: Utusan Malaysia (Hafiz Saidina)