Pasangan Suami Isteri Yang Mempunyai Bayi Dilahirkan Di Negeri Pahang Sejak Tahun 2023 Dapat Insentif Permata Makmur RM300

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 18 May 2026 16:31:55

KUANTAN: Pasangan suami isteri di Pahang yang menerima kelahiran bayi baharu sejak 2023 tetapi tidak pernah menuntut insentif Program Permata Makmur berjumlah RM300 masih boleh berbuat demikian.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga negeri, Datuk Sabariah Saidan, berkata setakat ini, kerajaan negeri masih menerima permohonan berkenaan.

Katanya, melalui Program Permata Makmur, bayi dilahirkan layak menerima RM300, masing-masing RM250 dimasukkan ke akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai simpanan pendidikan anak dan barangan keperluan bayi bernilai RM50.

"Berdasarkan rekod, sejak 2024 dan 2025, seramai 30,000 bayi menerima manfaat manakala dari Januari sehingga kini, sebanyak 3,000 permohonan diterima.

"Program Permata Makmur adalah inisiatif kebajikan Kerajaan Pahang untuk membantu keluarga yang menerima kelahiran bayi baharu melalui pemberian bantuan kewangan dan simpanan pendidikan awal.

"Selain itu, ia bertujuan membantu keluarga meringankan beban kos awal penjagaan bayi," katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Ibu 2026 peringkat Pahang di sini hari ini.

Sabariah berkata, tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM6.5 juta dalam Belanjawan Pahang 2026 menerusi Program Permata Makmur.

Katanya, komitmen kerajaan negeri adalah untuk memperkukuh institusi keluarga dan menyantuni kesejahteraan rakyat dizahirkan dengan pemberian sumbangan kepada setiap kelahiran bayi baharu di Pahang.

"Dengan insentif diberikan, kerajaan negeri berharap keluarga yang menerima kelahiran bayi baharu sejak 2023 sehingga kini boleh mengemukakan permohonan," katanya. #BeritaHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts