“Eh, you pakai apa? Wanginya” — Jom Raya Sedondon! Kini lebih wangi bersama Bath Garden

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 07 Feb 2026 20:34:33

“Eh, you pakai apa? Wanginya…” begitulah soalan yang sering kedengaran setiap kali seseorang melangkah keluar rumah, khususnya apabila bauan yang dipakai meninggalkan kesan dan mencuri perhatian.

Kini, tiada lagi rahsia apabila jawapannya ialah Bath Garden, jenama penjagaan diri yang tampil dengan konsep Raya Sedondon, bagi mengangkat makna kebersamaan Aidilfitri.

Ia bukan sekadar melalui persalinan, tetapi turut merangkumi aroma, momen dan pengalaman yang dikongsi bersama insan tersayang.

alt

alt   alt

alt

Jom Raya Sedondon!

Berlandaskan idea bahawa sedondon tidak harus terhad kepada penampilan luaran semata-mata, Bath Garden mengetengahkan pendekatan yang lebih menyeluruh apabila bauan dijadikan sebagai elemen pelengkap dalam mencipta kenangan dan emosi sepanjang musim perayaan.

Menerusi konsep Raya Sedondon, aroma diangkat sebagai bahasa tanpa suara yang mampu menyatukan perasaan, menghidupkan suasana dan meninggalkan kesan mendalam setiap kali pertemuan berlaku, khususnya pada pagi Syawal yang sarat dengan nilai kekeluargaan dan kebersamaan.

alt

Sebagai teras kepada konsep ini, Bath Garden memperkenalkan Sedondon Gift Set yang menampilkan produk hero Body & Hair Mist, direka untuk kegunaan pada badan dan rambut, sekali gus memudahkan pengguna menyegarkan bauan pada bila-bila masa sepanjang Aidilfitri.

alt

Penggunaan produk ini disasarkan untuk melengkapkan rutin Raya yang serba pantas, sama ada sebelum menerima tetamu, ketika berkunjung ke rumah saudara-mara atau sekadar ingin memastikan bauan kekal segar sepanjang hari.

alt

Body & Hair Mist tersebut hadir dalam empat variasi wangian utama, iaitu Vanilla Orchid, Watermelon Splash, Passion Fizz dan Lychee Rose, dengan setiap aroma direka untuk mencipta suasana berbeza, daripada yang lembut dan menenangkan hingga kepada yang segar dan ceria.

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

Dari segi visual, pembungkusan produk tampil dengan rekaan floral dan palet warna pastel, diinspirasikan oleh elemen hibiscus dan vanila, sekali gus melengkapkan identiti Raya Sedondon yang mengetengahkan keharmonian, kelembutan dan nilai kebersamaan.

alt

Melalui pendekatan ini, Bath Garden menyasarkan untuk menjadikan bauan sebagai sebahagian daripada ritual Aidilfitri, di mana aroma bukan sekadar pelengkap penampilan, tetapi turut berperanan membentuk memori, emosi dan rasa kebersamaan yang kekal lama selepas Syawal berlalu.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts