UMNO Pahang Sokong Titah Tengku Mahkota: Isu Eksport Pasir Perlu Diteliti Secara Menyeluruh Berdasarkan Fakta, Kajian Teknikal Serta Kepentingan Negeri

by Oh! Semput


8
SHARES
110
VIEWS
Posted on 10 May 2026 13:31:53

KUANTAN: UMNO Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berhubung isu eksport pasir sungai dan menyifatkan perkara itu perlu diteliti secara menyeluruh berdasarkan fakta, kajian teknikal serta kepentingan negeri.

Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, titah yang disampaikan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 itu mencerminkan keprihatinan ini.

Menurutnya, isu eksport pasir sungai tidak boleh dilihat secara sempit, sebaliknya perlu mengambil kira aspek alam sekitar, hak negeri dan kepentingan jangka panjang Pahang.

Beliau berkata, pendekatan kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar Pahang menunjukkan komitmen untuk memastikan setiap keputusan dibuat secara bertanggungjawab dan seimbang demi kepentingan rakyat serta kelestarian negeri.

“UMNO Pahang juga menjunjung kasih atas keprihatinan Tengku Mahkota Pahang yang sentiasa mengikuti isu-isu melibatkan kepentingan negeri dan rakyat.

“Kita yakin di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, segala perkara yang dibangkitkan akan ditangani dengan penuh hikmah, tertib dan berpandukan lunas undang-undang serta kepentingan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahaniza turut menegaskan, slogan Pahang First perlu terus dijadikan prinsip utama dalam setiap keputusan melibatkan kepentingan negeri.

Tengku Hassanal sebelum ini menzahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan Kerajaan Persekutuan yang tidak berpihak kepada hak kerajaan negeri ini.

Baginda turut menegur campur tangan Kerajaan Pusat dalam usaha kerajaan negeri menentukan perolehan hasil termasuk berkaitan kelulusan eksport pasir sungai.

Titah Tengku Hassanal, Kerajaan Pusat seharusnya memberi keutamaan kepada negeri Pahang susulan pengorbanan besar mengekalkan keluasan hutan, alam flora dan fauna serta gunung-ganang yang menjadi tunjang kestabilan ekosistem, kawasan tadahan hujan dan biodiversiti di semenanjung Malaysia. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts