MB Pahang Minta Pengendali Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Kaji Semula Cadangan 70 Peratus Kargo Dan 30 Peratus Penumpang

by Oh! Semput


9
SHARES
118
VIEWS
Posted on 18 Apr 2026 16:31:57

KUANTAN: Cadangan operasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dilihat kurang seimbang antara komposisi kargo dan penumpang dibimbangi gagal memberi manfaat sepenuhnya kepada orang ramai, khususnya dalam mengelakkan kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Hj Wan Rosdy Wan Ismail mencadangkan agar perancangan asal iaitu 70 peratus kargo dan 30 peratus penumpang dilihat semula supaya ia lebih memberi manfaat kepada pengguna.

"Kalau ikut perkiraan dengan hanya sekitar 400 penumpang sahaja boleh menggunakan ECRL pada satu-satu masa, saya fikir ia tidak dapat menyelesaikan isu kesesakan di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak.

"Itu belum dikira dengan peluang kepada penduduk di Pahang... ECRL ini bermula di Kota Bharu, Kelantan dan kemudian lalu Terengganu, barulah (sampai) Pahang.

"Dengan hanya 400 tempat duduk, saya bimbang akhirnya orang Pahang cuma boleh tengok saja ECRL lalu sebab tiket dah habis.

"Jadi benda-benda ini saya akan bangkitkan bila bertemu pihak ECRL dan saya harap dalam masa terdekat boleh jumpa mereka," katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, dia merasmikan Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 yang disertai kira-kira 500 peserta.

Hadir sama Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah. #Malaysiakini


http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts