Nothing Mungkin Mampu Atasi Isu Kaca Mata Pintar Pada 2027

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 07 Apr 2026 07:30:18

Pasaran kaca mata pintar kini berdepan masalah besar iaitu reka bentuk yang terlalu teknikal dan kurang bergaya.

Walaupun Meta dengan Ray-Ban dan Oakley cuba membawa elemen fesyen pada nya, namun kebanyakan model masih kelihatan janggal seperti gajet semata-mata.

Jadi, Nothing, syarikat teknologi dari London yang terkenal dengan identiti dengan rekaan yang berani, dilihat berpotensi mengubah persepsi ini.

Menurut laporan, kaca mata AI Nothing dijangka hadir pada tahun 2027 dengan kamera, mikrofon dan pembesar suara, tetapi masih bergantung pada telefon dan pemprosesan awan.

Pendekatan ini membolehkan reka bentuk lebih ringan dan selesa, berbeza dengan kaca mata AR yang sering tebal dan mahal.

Jika berjaya, Nothing bukan sahaja membawa teknologi AI ke wajah pengguna, tetapi menjadikan kaca mata pintar sebagai aksesori fesyen yang benar-benar diidamkan pengguna.

{suggest}

Nothing Mungkin Mampu Atasi Isu Kaca Mata Pintar Pada 2027 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts