by Oh! Semput
Nothing secara rasmi mengumumkan pelancaran rasmi siri Phone (4)a yang akan dibuat semasa acara Mobile World Congress (MWC) 2026.
Cuma bukan di Barcelona, acara Nothing ini akan berlangsung di London pada 3 Mac, jam 10:30 pagi GMT, yang akan turut disiarkan secara langsung di laman web Nothing.
Nothing telah pun berkongsikan imej acah yang membayang peranti ii akan dilengkapi sistem kamera tunggal sebagai kamera utama.
https://x.com/nothing/status/2022973376575471860?s=20
Menjadikannya lebih menarik, pelancaran ini akan berlaku sehari selepas acara khas Apple di mana CEO Carl Pei turut mengusik persaingan ini di X.
https://x.com/getpeid/status/2023637135241171174?s=20
Siri Phone (4)a dijangka hadir dengan dua model – Phone 4a dan Phone 4a Pro yang dipacu cip Snapdragon 7 serta menawarkan lebih banyak pilihan warna berbanding rekaan monokrom sebelum ini.
{suggest}
Nothing 4(a) Sah Akan Dilancar Selepas Acara Khas Apple WISER.MY.