by Oh! Semput
Pelakon Norman Hakim menjadi perhatian ramai apabila menunjukkan proses pembinaan suraunya yang menjadi satu langkah awal dalam merealisasikan impian untuk menubuhkan sebuah masjid pada masa akan datang.

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Mohamed Nurhakim Zaidon memberitahu niat untuk membina surau itu hadir sewaktu dirinya sedang bemusafir ke Jepun, baru-baru ini.
Menurut Norman, sebelum ini dia merancang untuk membuka sebuah butik namun hasrat itu berubah setelah menunaikan solat Jumaat di Sapporo.

Bapa kepada enam cahaya mata itu menjelaskan bahawa surau yang dibina mampu menampung kira-kira 100 jemaah dan menempatkan sebanyak enam saf pada satu masa.

Sementara itu, dia mengajak agar qariah dan peniaga sekitar ibu pejabat Normey bersama-sama mengimarahkan solat Zuhur dan Asar secara berjemaah.
Malah, dia berniat dapat menghidupkan surau itu sepanjang Ramadan dengan solat tarawih, dan program keagamaan.

Terdahulu, Norman menjadi sorotan publik apabila bekas isterinya, pelakon Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila menerima mas kahwin yang sudah lama tertunggak.
Artikel lain: Abby Abadi terima mas kahwin tertangguh daripada Norman selepas 22 tahun – “Berkat kesabaran..”
Menurut Abby, kesabarannya selama 22 tahun membuahkan hasil apabila segala tunggakkan berkaitan isu tersebut akhirnya dapat diselesaikan selepas Norman sudah berkemampuan.
: Instagram normanhakim_786