by Oh! Semput
Pelakon Norish Karman kini masih melalui fasa pemulihan selepas berdepan masalah kesihatan serius melibatkan paras darah serta zat besi yang terlalu rendah (extreme low blood and iron), yang difahamkan telah dialaminya sejak dua tahun lalu.
Memetik laporan HibGlam, Norish, 52, memaklumkan keadaan kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya dan tubuhnya masih lemah ketika ini.

Dalam perkembangan sama, pelakon yang popular menerusi drama Spa Q itu turut memerlukan bantuan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan hariannya.

Screenshot
Artikel lain: Mahu beli MPV jika diberi RM200,000? Norish Karman minta bertenang -“Saya hanya berangan”
Sebelum ini, pada 9 April lalu, anak perempuannya iaitu Hany Amanda memaklumkan keadaan Norish berada pada tahap membimbangkan dan dikategorikan sebagai pesakit berisiko tinggi selepas dimasukkan ke sebuah hospital.
Menurut Hany, ibu bapanya itu dikejarkan ke hospital selepas paras hemoglobin dan zat besi didapati berada pada tahap yang sangat kritikal.
Norish kini masih menjalani proses pemulihan dan memerlukan penggunaan kerusi roda bagi mengelakkan tekanan pada bahagian tulang belakangnya
: HibGlam (Nur Emira Saizali)