Nintendo Switch 2 Versi EU Akan Dapat Bateri Boleh Diganti Sendiri

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 04 Jun 2026 11:00:30

Nintendo mengesahkan bahawa varian Switch 2 untuk pasaran Kesatuan Eropah (EU) akan dilengkapi dengan bateri yang boleh diganti oleh pengguna sendiri.

Menurut kenyataan rasmi Nintendo di laman web mereka, langkah ini diambil bagi mematuhi EU Batteries Regulation yang akan berkuat kuasa pada 18 Februari 2027. Peraturan ini menghendaki bateri dalam peranti elektronik seperti konsol permainan mestilah mudah diganti tanpa memerlukan alat khas yang rumit.

Versi Switch 2 EU ini akan mempunyai nombor model yang berbeza dan kod tambahan “OSM” pada pembungkusan untuk membezakan ia daripada versi global biasa.

Sebelum ini, laporan iFixit mengkritik reka bentuk Switch 2 kerana baterinya agak sukar diganti. Dengan versi EU ini, Nintendo menyesuaikan produk mereka untuk mematuhi peraturan “Right to Repair” yang semakin ketat di Eropah.

Walau bagaimanapun, versi Switch 2 yang dijual di luar EU (termasuk Malaysia) dijangka masih menggunakan reka bentuk bateri standard yang tidak mudah diganti.

{suggest}

Nintendo Switch 2 Versi EU Akan Dapat Bateri Boleh Diganti Sendiri WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts