Netflix Perkenal Aplikasi Playground Untuk Kanak-Kanak – Bebas Iklan, Tiada Pembelian Dalam Aplikasi

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 07 Apr 2026 07:30:19

Netflix hari ini memperkenalkan Netflix Playground, aplikasi kendiri untuk permainan kanak-kanak.

Direka untuk kanak-kanak berumur 8 tahun ke bawah, Netflix Playground termasuk dalam semua langganan Netflix dan bebas iklan, tiada pembelian dalam aplikasi atau sebarang bayaran tambahan.

Menurut Netflix, setiap permainan direka supaya kanak-kanak boleh bermain dengan mudah, malah boleh diakses secara luar talian tanpa perlu sambungan mudah alih atau Wi-Fi dan menjadikannya teman sempurna semasa perjalanan atau aktiviti di luar rumah.

Antara permainan yang ditawarkan termasuk Playtime With Peppa Pig, Sesame Street, Dr. Seuss’s Red Fish, Blue Fish, ’s Color, Bad Dinosaurs dan sebagainya. Kanak-kanak boleh meneroka dunia watak kegemaran mereka sambil belajar, berimaginasi dan berseronok.

Buat masa ini, Netflix Playground hanya tersedia di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Filipina dan New Zealand. Ia akan diperluaskan ke seluruh dunia pada 28 April, serta digunakan di kedua-dua platform iOS dan Android.

{suggest}

Netflix Perkenal Aplikasi Playground Untuk Kanak-Kanak – Bebas Iklan, Tiada Pembelian Dalam Aplikasi WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts