by Oh! Semput
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan imej Malaysia sebagai negara yang harmoni, saling menghormati dan terbuka kepada kepelbagaian budaya perlu terus dipertahankan bagi memastikan keyakinan pelancong terhadap negara tidak terjejas.
Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, sebarang isu yang boleh menjejaskan keyakinan pelancong akan memberi kesan langsung kepada ekonomi negara serta pendapatan rakyat yang bergantung kepada sektor pelancongan.

Menurut King Sing, sektor pelancongan, seni dan budaya perlu bergerak secara lebih proaktif, kreatif dan berani meneroka pendekatan baharu dalam mendepani cabaran ekonomi global yang semakin mencabar.
Katanya, industri berkenaan bukan sahaja penting kepada ekonomi negara, malah menjadi sumber rezeki kepada golongan B40, penggiat industri kecil dan sederhana serta komuniti tempatan.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga MOTAC atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memartabatkan sektor pelancongan, seni, budaya dan warisan negara.

Perkara tersebut dinyatakan King Sing ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MOTAC 2025 yang meraikan 257 penerima APC dan 58 pesara kementerian itu.
: Malaysia Gazette (Kasthuri Jeevendran)