Negara jimat besar! Fadhli Shaari cadang mansuh peruntukan RM3.5 juta setiap MP kerajaan

by Oh! Semput


8
SHARES
107
VIEWS
Posted on 30 Mar 2026 00:04:31

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, mencadangkan peruntukan khas RM3.5 juta yang diagihkan kepada setiap Ahli Parlimen blok kerajaan dimansuhkan segera.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, ia kerana penjimatan lebih besar dapat dilakukan dan memberikan kesan kepada perbelanjaan negara.

“Elaun petrol pula hanya melibatkan ahli Parlimen biasa sahaja, ahli Kabinet iaitu menteri dan timbalan menteri setahu saya tidak terlibat. Jadi di mana isu prinsipnya?
“Adakah benar peruntukan RM3.5 juta itu jika dimansuhkan akan menjejaskan rakyat di akar umbi? Jika demikian, adakah itu bermaksud rakyat di Parlimen yang diwakili pembangkang sudah terjejas selama tiga tahun dari tahun 2023 – 2025? Bukankah itu lebih zalim dan kejam?” tulis beliau di Facebook miliknya hari ini.

alt

Beliau mengulas satu respon daripada seorang pembaca Facebook miliknya berhubung cadangan hapuskan peruntukan RM3.5 juta setahun kepada Ahli Parlimen kerajaan.

alt

Artikel lain: Tahniah kerajaan Selangor, akhirnya batalkan projek ternakan khinzir – Fadhli Shaari

Sebelum itu, beliau turut mengulas laporan memetik Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mengemukakan empat cadangan utama kepada kerajaan sebagai langkah mengimbangi impak tekanan global akibat ketegangan di Asia Barat termasuk menyemak semula elaun petrol 222 Ahli Parlimen.

alt

Tambah Ahmad Fadhli, kerajaan sering menyatakan walaupun peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak diberikan namun nasib rakyat tetap dibela.

“Maka sekarang, belalah rakyat menggunakan kaedah yang sama. Yang penting, RM3.5 juta untuk satu Parlimen berjaya dijimatkan.
“Setelah penjimatan besar RM3.5 juta setahun untuk satu Parlimen ini dijimatkan, barulah kita beralih kepada penjimatan kecil. Contohnya RM1,500.00 elaun petrol. Saya setuju,” katanya.

: FB Fadhli Shaari

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts