Neelofa Berehat Dari Berlakon Drama Baru

by Oh! Semput


9
SHARES
119
VIEWS
Posted on 14 Dec 2016 04:00:04

Mengakui menerima banyak tawaran untuk berlakon selepas kejayaan drama Suri Hati Mr Pilot, Neelofa bagaimanapun enggan membintangi mana mana drama selain menyatakan bahawa dia kini masih dalam proses move on daripada watak Warda.

BACA: Fattah Amin Nafi Tumpang Populariti Neelofa

“Alhamdulillah Suri Hati Mr. Pilot sangat diminati ramai dan tawaran berlakon memang banyak buat masa ini. Bagaimanapun saya mengambil keputusan untuk berehat seketika kerana penangan Warda itu masih terasa lagi terutamanya dikalangan peminat”

“Jika saya muncul dalam drama terbaharu dalam masa terdekat bimbang saya akan terbawa-bawa karakter Warda itu,” jelasnya kepada mStar Online. Tambah Neelofa, dia hanya akan kembali berlakon drama bermula April tahun hadapan.

Selain itu, Neelofa kini turut merancang untuk turut hadir dengan program talk show (bual bicara) sendiri namun perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan. (rtky/s)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts