by Oh! Semput


Bukan bertujuan mahu menyorokkan hari bahagia ini. Sebaliknya, keluarga mahukan sebuah majlis ringkas dan tertutup yang dihadiri oleh keluarga rapat sahaja. Lantaran itu, saya harus menghormati permintaan mereka yang menginginkan ruang privasi.Sejujurnya, kami tidak pernah bertemu atau bertentang mata sebelum ini. Saya hanya mengenali Mr. I pada 31 Januari lalu apabila dia menghantar pesanan untuk berkenalan menerusi aplikasi WhatsApp. Sejak itu, kami hanya berkomunikasi menerusi mesej tanpa bercakap atau mendengar suara masing-masing di talian telefon.

Apabila memasuki sebulan setengah perkenalan menerusi mesej, dia akhirnya menelefon saya buat kali pertama sekali gus meluah perasaan untuk bertemu. Saya mengatakan bahawa dia boleh berjumpa saya dengan bersyarat dia kena menemui ibu saya (Datuk Seri Maziah Musa, 52) terlebih dulu.Dia cukup berani apabila datang ke rumah keluarga kami untuk berkenalan sambil menikmati makan malam bersama ibu saya. Itu adalah kali pertama kami bertemu. Dan keberanian yang dimilikinya itu menyebabkan saya membuat kesimpulan bahawa dia mampu menjadi ketua keluarga kepada saya.
