Natasha Hudson dan Fynn Jamal Kini Berpurdah

by Oh! Semput


16
SHARES
210
VIEWS
Posted on 06 Dec 2016 11:00:29

Natasha Hudson dan Fynn Jamal kini tampil dengan imej baru iaitu berpurdah.

combine

Gambar : Instagram Natasha Hudson & Fynn Jamal

Umum ketahui yang mana sebelum berhijab, Natasha merupakan seorang model berwajah pan asian dan juga pelakon yang cukup terkenal. Boleh dikatakan rupa parasnya yang cukup jelita menawan mampu membuatkan ramai terpesona melihatnya.

Sekitar tahun 2012, Natasha mengambil keputusan drastik dengan mengenakan hijab sepenuhnya. Dari seorang model, kini seorang wanita jelita yang cukup sopan di mata dan hati ramai. 

Baru-baru ini menerusi laman sosial Instagram, Natasha telah berkongsi sekeping gambar terbarunya dengan imej berniqab lengkap. Rata-rata pengikutnya cukup terkejut dengan penampilan baru selebriti jelita ini dan dalam masa sama mengbanjiri ruangan komen dengan kata-kata positif serta doa supaya Natasha sentiasa beristiqamah.

Bukan Natasha sahaja, sebelum itu Fynn Jamal turut mengambil langkah untuk tampil berniqab dengan sepenuhnya. Menerusi akaun Instagram milik penyanyi itu, boleh dilihat akan penampilan barunya yang kini sopan bergaya dengan niqabnya.

Tidak hanya berkongsi gambar-gambar terkininya, dalam masa yang sama ibu kepada Bakti Arjuna Fitri ini sering menyelit kata-kata suci dan motivasi di majoriti gambar-gambar yang dikongsi olehnya di laman sosial.

Semoga Natasha Hudson serta Fynn Jamal sentiasa kuat dalam meniti hari dengan penampilan berniqab serta kekal istiqamah.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts