MyKad Versi Baharu Dilengkapi 53 Ciri Keselamatan – Hologram, Kod QR, ‘Guilloche’

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 08 May 2026 04:00:24

MyKad baharu yang dijangka mula diperkenalkan bulan depan akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Badrul Hisham Alias berkata antara ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan ialah turihan laser, ultraungu, hologram, guilloche, teks mikro, kod respons pantas (QR) bagi tujuan penguatkuasaan dan cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.

“Yang pastinya ia mempunyai ciri-ciri keselamatan lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Pelancaran akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri apabila tiba masanya dan di peringkat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kita telah bersedia untuk tujuan tersebut,” katanya.

Pelaksanaan MyKad generasi baharu itu selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan keselamatan identiti rakyat seiring perkembangan teknologi dan cabaran keselamatan semasa.

Badrul Hisham berkata selain MyKad, MyPoCA dan MyTentera turut akan menampilkan versi baharu pada bulan depan.

Tambahnya lagi, MyKad baharu itu tidak akan dilengkapi dengan elemen Touch ‘n Go seperti sebelum ini.

{suggest}

MyKad Versi Baharu Dilengkapi 53 Ciri Keselamatan – Hologram, Kod QR, ‘Guilloche’ WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts