by Oh! Semput
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan segera mengaktifkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berstatus krisis bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi akibat ketidakstabilan geopolitik di Asia Barat.
Memetik kenyataan rasmi yang dikeluarkan di media sosial, beliau menekankan MTEN perlu bersidang secara harian dengan penglibatan sektor awam dan swasta bagi memantau perkembangan global serta menyusun tindak balas pantas dan bersepadu.
Beliau berkata pendekatan ini pernah dilaksanakan ketika krisis ekonomi 1997–1998, 2008 serta pandemik COVID-19 dan terbukti berkesan.
Muhyiddin turut mengulas perutusan khas Perdana Menteri baru-baru ini, berkata ia mengesahkan kebimbangan rakyat bahawa keadaan ekonomi semakin mencabar, tetapi gagal memberikan keyakinan bahawa kerajaan mempunyai pelan tersusun.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan langkah seperti penyelarasan BUDI95 dan kawalan diesel dilihat bersifat pentadbiran semata-mata tanpa menjawab isu asas keterjaminan bekalan tenaga.
Rakyat berhak mengetahui tahap sebenar rizab, tempoh ketahanan bekalan serta pelan kontingensi jika berlaku gangguan besar.

Muhyiddin juga menyeru kerajaan lebih telus mengenai hasil yang diperoleh Petronas susulan kenaikan harga minyak dunia serta jumlah yang boleh disalurkan semula kepada rakyat untuk mengawal kenaikan harga bahan api.
Menurutnya, dakwaan bahawa 90 peratus rakyat tidak terjejas adalah mengelirukan kerana kesan sebenar melibatkan seluruh rantaian bekalan dan peningkatan harga barangan keperluan harian.

Artikel lain: PM Anwar minta rakyat bertenang, masalah minyak tak serumit negara sekeliling
Muhyiddin mengingatkan kelewatan hanya akan meningkatkan ketidakpastian pasaran dan menekan kos sara hidup, justeru kerajaan perlu menjelaskan kedudukan sebenar ekonomi negara serta strategi jangka pendek, sederhana dan panjang untuk memberi keyakinan kepada rakyat.
: Facebook Muhyiddin Yassin