Model Didakwa Diejek ‘Kelam’ DI Threads, Aishah Azman Mohon Maaf – “Saya Tiada Niat Langsung”

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 09 Apr 2026 10:02:42

Pelakon Aishah Azman tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan seorang wanita yang mendakwa dirinya digelar ‘kelam’ oleh aktres itu menerusi satu hantaran berkaitan jenama kasut terkenal di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Aishah memohon maaf atas pemilihan kata yang digunakan sehingga menimbulkan salah faham antara mereka.

Advertisement

Aishah Azman

Terima kasih kerana maklumkan pada saya. Saya minta maaf jika ayat saya kurang menyenangkan.

Saya tiada niat langsung. Saya ingin jelaskan bahawa komen saya tidak ditujukan pada awak atau cuba nak label sesiapa sebagai kelam.

Dalam masa sama, Aishah menegaskan bahawa hantaran tersebut dibuat semata-mata untuk menyokong rakannya, dan bukannya untuk menyasarkan mana-mana individu.

Hantaran saya bertujuan untuk menyokong rakan saya agar pihak Adidas berikan perhatian pada rakan saya.

Tiada langsung niat untuk burukkan sesiapa atau cetuskan sebarang salah faham. Saya hargai awak bersuara tentang perkara ini. Saya harap penjelasan ini jelas.

Isu berkenaan mula menjadi perhatian selepas perkongsian tersebut disalah tafsir oleh sesetengah pihak, namun penjelasan Aishah dilihat sebagai usaha untuk meredakan keadaan dan memperbetulkan persepsi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-09 12:51:24

Qada Solat Yang Sengaja Ditinggalkan, Peminat Tegur Zahirah MacWilson - "Tak Boleh Ya, Haram"

Model Didakwa Diejek ‘Kelam’ DI Threads, Aishah Azman Mohon Maaf – “Saya Tiada Niat Langsung” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts