U Mobile, TM Mula Mesyuarat Pertama Kerjasama 5G – Perjanjian Sedang Dimuktamadkan

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 08 Apr 2026 04:00:23

U Mobile baru-baru ini mengadakan mesyuarat permulaan bagi projek kerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd (TM), susulan pemeteraian perjanjian borong 5G selama tiga tahun pada Februari 2026.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Teknologi U Mobile Woon Ooi Yuen berkata kedua-dua pihak sedang memuktamadkan perjanjian itu, dan syarikat berada di landasan tepat untuk menyediakan rangkaian 5G kepada TM.

“Kami baharu sahaja mengadakan mesyuarat permulaan pertama. Kini sedang memuktamadkan perjanjian dan kami berada di landasan yang betul untuk menyediakannya kepada TM,” katanya pada sidang media di majlis pelancaran produk ULTRA5G U Mobile.

Pada 25 Februari lepas, U Mobile mengumumkan kontrak borong 5G selama tiga tahun bagi menyediakan perkhidmatan Rangkaian Teras 5G Berbilang Operator (MOCN) kepada TM.

Mengenai pengunduran daripada perjanjian pemegang saham (SHA) dengan Digital Nasional Berhad (DNB) tahun lepas, Woon berkata U Mobile telah mengeluarkan satu lagi notis kepada DNB untuk menamatkan rangkaiannya secara berperingkat, dan akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai.

Dalam perkembangan berkaitan, U Mobile kini mencapai lebih 80% liputan di kawasan berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pencapaian itu direkodkan setakat akhir Mac 2026, tiga bulan lebih awal daripada jadual asal 12 bulan.

Foto: Facebook//Teo Nie Ching

Syarikat telekomunikasi itu turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk Pelancaran 5G Terpantas, selain diiktiraf sebagai Rangkaian 5G Terpantas di Malaysia oleh Ookla dan Ketersediaan 5G Terbaik oleh Opensignal.

{suggest}

U Mobile, TM Mula Mesyuarat Pertama Kerjasama 5G – Perjanjian Sedang Dimuktamadkan WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts