by Oh! Semput
Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan komitmen kukuhkan integriti dan tadbir urus susulan kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki di Wisma Pertahanan baru-baru ini.
Menurut Menterinya, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, pertemuan itu menekankan kerjasama erat antara MINDEF dan SPRM dalam menutup ruang amalan tidak berintegriti.

Beliau juga memaklumkan kedua-dua pihak sempat bertukar pandangan mengenai penambahbaikan tatacara perolehan bagi memastikan pelaksanaan lebih berkesan dan bebas daripada sebarang risiko rasuah serta salah guna kuasa.

Selain itu, SPRM turut menawarkan khidmat nasihat bagi membantu memperkukuh dan memperbaiki tadbir urus perolehan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Artikel lain: MINDEF buat laporan polis, maklumat sulit pegawai kanan ATM bocor
Jelas Khaled, persefahaman yang berjaya dicapai melalui pertemuan beliau bersama pihak SPRM cukup penting dalam memenuhi tekad Kementerian Pertahanan membanteras rasuah dan kecurangan kuasa, seterusnya mengembalikan kepercayaan rakyat dan negara kepada ATM.