by Oh! Semput
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengesahkan akur terhadap arahan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berhubung pembekuan sementara semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkaitan isu rasuah.

Menterinya, Dato Seri Mohamamed Khaled Nordin berkata dalam satu kenyataan bahawa kementerian sedang mendapatkan maklumat dan penjelasan berhubung arahan tersebut.

Dalam meneliti perkara ini, kementerian juga menekankan bahawa ia perlu memberi pertimbangan serius terhadap keperluan memastikan tahap kesiapsiagaan serta kelangsungan operasi pertahanan negara kekal terpelihara dan tidak terjejas.

Artikel lain: Tular dakwaan aktiviti tidak bermoral dalam kem tentera, MINDEF arah ATM jalankan siasatan segera!
Susulan itu, MINDEF menegaskan seperti yang diumumkan awal minggu ini, bahawa kementerian sedang meneliti langkah-langkah penambahbaikan proses perolehan bagi memperkukuh tadbir urus serta mengelakkan sebarang ketirisan pada masa hadapan.