Menteri Kewangan II akan perjelas peruntukan persekutuan kepada Pahang -PM Anwar

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 08 May 2026 17:04:45

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan meminta Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan menyediakan penjelasan menyeluruh berhubung peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Pahang untuk dikemukakan kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Akan beri penerangan berkenaan beberapa perkara

Memetik laporan daripada Bernama, Anwar menyatakan Tengku Hassanal juga akan diberikan penerangan berkaitan kedudukan makroekonomi negara, tekanan ekonomi semasa serta isu pembaziran yang masih berlaku dalam pelbagai sektor.

“Saya hormat Tengku Mahkota… (tetapi) peruntukan kepada negeri Pahang itu besar, bukan kecil. Saya akan minta Menteri Kewangan II menulis dan memberikan penjelasan keseluruhannya mengenai peruntukan untuk negeri Pahang serta keadaan ekonomi semasa.
“Sebagai rakyat, kita hormati dan kita teliti dengan baik,”ujar beliau.

alt

Ulas teguran Tengku Hassanal

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Tengku Hassanal selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan.

alt

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 dilaporkan mempersoalkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri itu.

: Bernama

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts