“Saya Menangis Macam Budak-Budak, Rasa Pecah” – Kamal Adli Imbas Detik Lafaz Cerai Uqasha Senrose

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 06 Apr 2026 06:32:50

Tiga bulan selepas bergelar duda, pelakon Kamal Adli berkongsi detik paling sukar dalam hidupnya ketika melafazkan cerai terhadap bekas isteri, Uqasha Senrose di mahkamah.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, mengakui dia tidak mampu menahan emosi sehingga menangis teresak-esak ketika melafazkan talak, malah terpaksa mengulang lafaz tersebut sebanyak dua kali.

Advertisement

“Semasa lafaz (cerai), saya menangis macam budak-budak. Rasa malu dekat hakim. Dalam tu (mahkamah) ada kami sahaja, tiada orang lain.”

“Masa nak kena sebut (cerai), saya rasa ‘pecah’. Bila dapat kertas yang perlu saya lafazkan, saya ingatkan saya okey sampai kena ulang dua kali sebab tak jelas, menangis pula macam budak-budak.”

“Sakit sangat sampai tak boleh nak pandang orang. Ayat yang membuatkan saya pecah ’dengan ini saya Ahmad Kamal menceraikan’,” katanya dalam wawancara bersama Nona.

Sebelum ini, Uqasha dilaporkan memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman dalam rumah tangga.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia dua tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

que haidar
2026-04-06 12:00:28

"Kami Sekeluarga Layan Linda Jasmine Baik, Tak Sangka Difitnah Sebegini" - Adik Que Haidar Luah Perasaan

“Saya Menangis Macam Budak-Budak, Rasa Pecah” – Kamal Adli Imbas Detik Lafaz Cerai Uqasha Senrose first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts