Membaca ajar kita lebih sabar berfikir, lebih matang dalam menilai -PM Anwar

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 28 May 2026 07:04:32

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan membaca mampu membantu seseorang menjadi lebih sabar dalam berfikir selain lebih matang ketika membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.

Manfaatkan cuti Aidiladha dengan membaca

Menerusi hantaran di media sosial, beliau berkongsi bahawa cuti Aidiladha dimanfaatkan dengan meluangkan masa membaca beberapa buku kegemarannya daripada pelbagai bidang termasuk sastera.

“Mengambil kesempatan cuti Aidiladha untuk membelek beberapa buku kegemaran daripada pelbagai bidang termasuk sastera, sambil mencari ruang untuk terus belajar dan merenung perjalanan zaman yang semakin mencabar,” ujarnya.

Membaca ajar kita banyak bersabar

Menurut beliau lagi, budaya membaca juga penting agar masyarakat tidak mudah tenggelam dalam budaya menghukum atau sensasi yang bersifat sementara.

“Buku mengajar kita untuk lebih sabar berfikir, lebih matang menilai dan tidak mudah tenggelam dalam budaya menghukum atau sensasi yang singkat usianya,” katanya.

alt

Dalam masa sama, Anwar turut memaklumkan beliau akan meluncurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 esok sebagai tanda sokongan berterusan terhadap budaya ilmu dan amalan pembacaan dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda.

: Facebook Anwar Ibrahim

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts