Maybank Rancang Gantikan MAE Dengan Aplikasi Perbankan Baharu

by Oh! Semput


7
SHARES
94
VIEWS
Posted on 21 Jan 2026 00:30:20

Maybank merancang memperkenalkan aplikasi perbankan runcit baharu untuk menggantikan aplikasi MAE sedia ada, bagi memperkukuh keupayaan digital serta meningkatkan penglibatan pelanggan di seluruh rantau.

Memetik laporan Bernama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Khairussaleh Ramli berkata pembangunan aplikasi baharu itu merupakan sebahagian daripada pelaburan teknologi berjumlah RM10 bilion untuk tempoh lima tahun.

Menurut beliau, aplikasi baharu itu bertujuan untuk mengatasi keupayaan platform sedia ada dan akan dibangunkan sebagai satu platform tunggal merentasi pelbagai pasaran dan negara.

“MAE memang bagus, namun terdapat beberapa keupayaan tertentu yang perlu kami laksanakan. Kami kini memberi tumpuan kepada pembangunan untuk kumpulan dan rantau ini,” katanya.

Maybank turut merancang untuk membangunkan satu platform berskala bagi pelanggan individu yang boleh digunakan di seluruh rantau, berbanding penyelesaian khusus mengikut pasaran.

Khairussaleh berkata Indonesia berkemungkinan menjadi pasaran pertama untuk pelancaran aplikasi itu, mengambil kira kepentingan perbankan digital di negara berkenaan. Sementara Malaysia dan Singapura dijangka menyusul tidak lama selepas itu.

{suggest}

Maybank Rancang Gantikan MAE Dengan Aplikasi Perbankan Baharu WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts