Masjid jadi platform belia! Rakan Muda terus diperkasa, perkukuh sahsiah & disiplin

by Oh! Semput


9
SHARES
118
VIEWS
Posted on 03 Feb 2026 20:34:35

Program Rakan Muda akan terus diperkasakan melalui kerjasama strategik dengan institusi keagamaan bagi menyuntik elemen kerohanian dalam pembangunan belia negara secara menyeluruh.

Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, perkara itu dibincangkan ketika pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bertujuan memperkukuh pendekatan holistik dalam pembangunan belia merangkumi aspek fizikal, mental dan spiritual.

alt

Rakan Muda terus diperkasa

Menurut beliau, institusi keagamaan khususnya masjid mempunyai potensi besar bukan sahaja sebagai tempat ibadah, malah berfungsi sebagai pusat komuniti yang inklusif dan dinamik dalam membangunkan potensi golongan muda melalui pelaksanaan program Rakan Muda.

“Masjid bukan sekadar rumah ibadat, sebaliknya boleh menjadi platform strategik untuk aktiviti belia dan sukan yang selari dengan nilai serta budaya setempat, sekali gus mengeratkan ukhuwah dalam kalangan belia,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan itu diyakini mampu menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh pembangunan sahsiah serta membentuk disiplin dan kesejahteraan mental golongan muda, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

alt

Artikel lain: Dr Taufiq Johari wajah baru politik nasional, Menteri KBS berusia 29 tahun!

Dalam pada itu, Dr Mohammed Taufiq menegaskan kementeriannya komited untuk terus bekerjasama dengan rumah ibadat daripada agama lain bagi memastikan pelaksanaan program Rakan Muda dilaksanakan secara inklusif.

“Kerjasama ini akan diperluaskan khususnya di bawah gaya hidup Rakan Prihatin agar pendekatan kerohanian yang diterapkan dapat dinikmati oleh semua belia tanpa mengira latar belakang,” katanya.

alt

Tambah beliau, pendekatan menyeluruh itu diharap dapat terus memperkasa pembangunan belia negara serta meningkatkan jati diri golongan muda sebagai aset penting kepada masa depan Malaysia.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts