AJK Masjid TNB Mohon Maaf Isu Pintu Berkunci Jam 2 Pagi, Pengurusan Setuju Buka Semua Pintu 24 Jam

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 12 Mar 2026 06:33:01

Petugas Masjid Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil memohon maaf kepada seorang individu yang tidak dapat memasuki masjid tersebut sekitar jam 2 pagi untuk beriktikaf.

Menerusi satu komen balas di Threads, petugas berkenaan menjelaskan pintu yang cuba digunakan oleh individu terbabit telah ditutup lebih awal mengikut prosedur selepas tengah malam.

Advertisement

masjid tnb

Namun katanya, masih terdapat laluan lain yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk masuk ke kawasan masjid.

“Mewakili pihak Masjid TNB, kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Selepas jam 12 tengah malam, kebiasaannya kami akan menutup Pintu B dan Pintu C.”

“Oleh itu, laluan untuk masuk hanyalah melalui Pintu A (bertentangan dengan Hospital Pantai) dan Pintu D (bersebelahan tasik).”

Tambahnya, masjid tersebut sebenarnya dibuka kepada orang awam selama 24 jam, selain turut menyediakan program qiam dan hidangan sahur.

masjid tnb

“Masjid kami dibuka kepada orang awam selama 24 jam. Program qiam akan bermula pada jam 4.30 pagi dan hidangan sahur secara bufet turut disediakan.”

Dalam masa sama, petugas itu memaklumkan pihaknya mengambil maklum maklum balas yang diberikan dan akan menyampaikan perkara tersebut kepada pihak pengurusan bagi menambah baik kemudahan kepada orang ramai.

“Walau bagaimanapun, saya akan memaklumkan perkara ini kepada pasukan kami untuk tindakan lanjut. Terima kasih dan sekali lagi kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.”

Beberapa jam selepas hantaran tersebut dibuat, petugas itu memaklumkan pihak pengurusan telah bersetuju untuk membuka semua pintu masjid selama 24 jam.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman apabila tidak dapat memasuki Masjid TNB sekitar jam 2 pagi kerana pintu masjid didapati berkunci.

“Saya cuba masuk ke Masjid TNB sekitar jam 2 pagi tadi, namun pintunya berkunci. Saya sebenarnya sangat teruja untuk datang.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

masjid ttdi
2026-03-02 14:41:18

Pihak Pengurusan Masjid TTDI Mohon Maaf - "Kami Sedang Siasat Layanan Kasar Diterima Jemaah"

AJK Masjid TNB Mohon Maaf Isu Pintu Berkunci Jam 2 Pagi, Pengurusan Setuju Buka Semua Pintu 24 Jam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts