Saya masih tunggu, belum dipanggil polis – Tony Pua

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 21 May 2026 10:34:37

Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua memaklumkan beliau masih belum dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan berhubung hantaran di Facebook yang didakwa menyentuh isu sensitif berkaitan institusi Raja Berperlembagaan serta Rukun Negara.

Belum dipanggil polis

alt

Memetik laporan Berita Harian, perkara itu susulan pembukaan kertas siasatan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP berkenaan selepas puluhan laporan polis dibuat di seluruh negara.

“Belum (dipanggil). Masih tunggu,” katanya, hari ini.

Kelmarin, Pua dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, dengan kuasa Raja secara umumnya tertakluk kepada aspek tertentu sahaja.

Kenyataan tersebut dipercayai dibuat susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu supaya hadir ke Dataran Selangor sekali seminggu bagi memahami serta menghayati makna Rukun Negara.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, Pua akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan berhubung kenyataannya yang mendakwa kuasa Raja di negara ini adalah terhad.

alt

Beliau berkata, siasatan kes berkenaan kini dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Menurutnya, sehingga pagi tadi, sebanyak 59 laporan polis sudah diterima di seluruh negara.

“Justeru, saya akan memberikan reaksi-reaksi dan komen berdasarkan keperluan-keperluan semasa, insya-Allah,” katanya ketika sidang media di IPK Selangor hari ini.

Artikel lain: Terima 28 laporan seluruh negara, polis mulakan siasatan terhadap hantaran Tony Pua

Semalam, media melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar memaklumkan polis membuka siasatan terhadap Pua susulan hantaran yang dimuat naik di Facebook.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

: Berita Harian (Zanariah Abd Mutalib)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts