“Masih Belum Ditemui…” Operasi SAR Jaslinda Diteruskan Dalam Skala Kecil Selepas 11 Hari Pencarian

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 03 Jun 2026 10:02:37

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Masudin, 49, sejak 24 Mei lalu akan diteruskan pasukan penyelamat pada skala kecil.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, perkara tersebut diputuskan menerusi Mesyuarat Penyelarasan Operasi SAR yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini.

Advertisement

jaslinda

“Operasi SAR diteruskan dalam skala kecil hanya melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaran dengan prosedur operasi standard (SOP) SAR Orang Hilang.”

“Bagaimanapun, pihak polis akan terus menjalankan pemantauan dan siasatan lanjut berkaitan kes kehilangan mangsa di kawasan Gunung Batu Putih,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Malik berkata, operasi SAR selama 11 hari itu telah melibatkan seramai 116 sumber manusia daripada pelbagai agensi, jabatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan penduduk setempat.

“Doa Kami Sihat Pun Dah Lebih Daripada Cukup, Selagi Tak Demam..” – Pasukan SAR Jaslinda

Mengulas lanjut, beliau berkata, pasukan SAR berkenaan telah melakukan pencarian terhadap mangsa meliputi 95 peratus daripada laluan pendakian Gunung Batu Putih melibatkan pelbagai kaedah. – Kosmo Online

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aksi manja
2026-06-03 13:26:42

Aksi Manja Pasangan Kekasih Dalam Kereta Undang Padah, Bakal Berdepan Saman JPJ

“Masih Belum Ditemui…” Operasi SAR Jaslinda Diteruskan Dalam Skala Kecil Selepas 11 Hari Pencarian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts