Liga Malaysia Kini Rasmi Dalam eFootball, Server Khas Malaysia Turut Tersedia

by Oh! Semput


9
SHARES
115
VIEWS
Posted on 09 Apr 2026 11:00:26

Konami Digital Entertainment (KONAMI) dan Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan kerjasama pelesenan bersejarah yang membawa liga bola sepak domestik Malaysia ke dalam peranti maya melalui eFootball™.

Inisiatif ini dilaksanakan seiring dengan kemas kini eFootball™ versi 5.4 yang dilancarkan hari ini, membolehkan peminat menerajui 13 kelab tempatan kegemaran mereka lengkap dengan jersi autentik dan senarai pemain terkini.

https://x.com/MFL_MY/status/2042094414835929491?s=20

Antara kelab yang disertakan termasuklah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Terengganu FC, dan Sabah FC, sehingga ke pasukan seperti Melaka FC dan DPMM FC.

Bagi meraikan pelancaran ini, KONAMI menawarkan ganjaran log masuk berupa Kontrak Pemilihan (Selection Contract) untuk mendapatkan kad Highlight pemain Liga Malaysia.

Selain itu, satu pelayan (server) khas Malaysia kini telah diaktifkan bagi memastikan respons permainan yang lebih lancar dan stabil untuk komuniti tempatan.

Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah penting untuk membawa bola sepak Malaysia ke pentas digital global.

Dalam masa yang sama, KONAMI turut menganjurkan eFootball™ Championship 2026 Malaysia Cup yang akan sampai kemuncak pada 18–19 April ini di LaLaport BBCC. Pemenang kategori mudah alih dan konsol berpeluang mewakili negara ke peringkat Regional Finals, sekali gus membuktikan bakat pemain e-sukan Malaysia di persada antarabangsa.

{suggest}

Liga Malaysia Kini Rasmi Dalam eFootball, Server Khas Malaysia Turut Tersedia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts