by Oh! Semput
Malaysia berada dalam kedudukan “bertuah” apabila bekalan minyak dan gas negara kekal stabil meskipun pasaran tenaga global terus berdepan ketidaktentuan.
Menerusi laporan Malaysia Gazette, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan jaminan bekalan itu disokong oleh hubungan diplomatik yang kukuh dengan beberapa negara pengeluar utama selain kerjasama strategik bersama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perjumpaan bersama warga Kementerian Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Putrajaya, hari ini.

Foto: Bernama
Anwar berkata, walaupun bekalan tenaga negara kekal mencukupi, kerajaan masih berdepan tekanan susulan kenaikan harga minyak dunia yang memberi kesan kepada perbelanjaan subsidi bahan api.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa hasil taklimat daripada Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis, Tan Sri Hassan Marican menunjukkan hubungan diplomatik erat dengan negara pengeluar membantu memastikan kestabilan bekalan tenaga negara.
Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan akan terus mengawal impak kenaikan harga supaya tidak membebankan rakyat termasuk mengekalkan harga RON95 serta melaksanakan penyasaran subsidi diesel.
: Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Osman)