Makluman: Pendaftaran Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) Dibuka Pada 4 Mei 2026

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 05 May 2026 08:00:24

alt

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN):

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa pendaftaran bagi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) akan dibuka bermula pada 4 Mei 2026 dan Permohonan melalui mysubsidi.kpdn.gov.my

Pendaftaran ini melibatkan kenderaan pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Syarat Utama Permohonan

  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) mesti sah dan aktif
  • Kenderaan berdaftar sebagai kenderaan perdagangan
  • Syarikat / entiti berdaftar dengan SSM, PBT atau SKM
  • Termasuk dalam kategori kenderaan yang ditetapkan di bawah SKDS

Kaedah Pembelian Diesel Bersubsidi

  • Menggunakan fleet card
  • Permohonan dibuat kepada syarikat minyak bersama surat kelulusan
  • Boleh memilih sehingga 3 syarikat minyak (Petronas, Shell, Petron)
  • Tempoh pemprosesan: 2–3 minggu

Perhatian

  • Tempoh sah kelulusan bergantung kepada tempoh LKM/cukai jalan
  • Kenderaan perlu memastikan LKM sentiasa dikemas kini untuk kekal layak menerima subsidi

SUMBER:

Facebook Rasmi KPDN

Instagram Rasmi KPDN

X Rasmi KPDN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts