by Oh! Semput
Pelakon dan pelawak veteran, Sathiya, 62, dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas hampir seminggu menerima rawatan di Hospital Ampang sejak 8 Mac lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Anak perempuannya, Amani Nair Satya, 37, berkata doktor memaklumkan keadaan bapanya kini stabil dan dijangka boleh keluar dari hospital pada petang ini.
Menurut Amani, dia bersyukur kerana keadaan kesihatan bapanya tidak lagi membimbangkan dan hanya memerlukan penjagaan rapi di rumah.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Sathiya boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB bernombor 7002807503 atas nama Sathival Periasamy.

Artikel lain: Terima bantuan, Sathiya dapat kaki palsu dan pencen RM500 sebulan
Terdahulu, Sathiya dikejarkan ke Hospital Ampang pada 8 Mac lalu dan menerima rawatan di zon kuning selepas mengadu pening kepala selain mengalami simptom mata menjadi kuning serta muntah-muntah ketika berada di rumah.
Pada Isnin, 9 Mac, dia terpaksa menjalani pembedahan segera apabila kaki kirinya dipotong hingga ke atas paras lutut selepas doktor mengesahkan berlaku jangkitan kuman.
Difahamkan, sebelum itu Sathiya terjatuh di rumah pada Jumaat, menyebabkan kaki kirinya yang pernah dipotong akibat penyakit Diabetes pada September tahun lalu mengalami luka serta pendarahan.
Hasil pemeriksaan lanjut termasuk ujian X-ray dan ujian darah, pihak hospital menyarankan pembedahan dilakukan pada kaki kiri berkenaan sebagai langkah drastik bagi mengelakkan jangkitan merebak ke anggota badan lain.
: Harian Metro (Norhayati Nordin)