Majlis Hari Raya Aidilfitri Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang Di Ibu Kota (PEKAP) Meriah Dengan Kehadiran Sultan Pahang

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 10 Apr 2026 20:02:10

KUALA LUMPUR:  Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre semalam.

Paduka Baginda yang juga merupakan penaung persatuan tersebut bertitah bahawa penganjuran majlis seumpama ini mampu mengeratkan lagi ukhwah dalam kalangan ahli serta komuniti anak-anak Pahang di ibu kota.

Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua ahli yang hadir serta kepada Presiden PEKAP, Datuk Azman Abdullah atas usaha dan komitmen dalam menjayakan majlis berkenaan.

Sebelum berangkat pulang, Paduka Baginda berkenan menyantuni para hadirin serta menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dalam kalangan ahli PEKAP. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts