“Macam pakai pampers…”- Netizen istighfar tengok fesyen Ameera Khan, mohon hormat Ramadan

by Oh! Semput


12
SHARES
151
VIEWS
Posted on 28 Feb 2026 07:04:32

Pempengaruh media sosial sensasi yang juga adik kepada selebriti Neelofa, Ameera Khan, menjadi bualan hangat dalam media sosial apabila menggayakan pakaian mencolok mata di sebuah acara fesyen di Milan, Itali.

Menerusi foto yang dimuatnaik, Ameera dilihat memakai baju berona merah, berseluar pendek persis pakaian dalam dan skirt renda berwarna hitam.

Penampilan berani adik ipar kepada pendakwa selebriti, Haris Ismail, itu mengejutkan banyak pihak kerana memperagakan busana sebegitu pada bulan Ramadan.

alt

Netizen istighfar tengok fesyen Ameera Khan

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai respons iaitu memuji kecantikannya, namun ramai juga mengecam kerana dikatakan tidak menghormati Ramadan.

“Tak kena, macam pakai pampers,” komen jujur salah seorang warganet terhadap fesyen yang diperagakan oleh Ameera Khan.

alt alt alt alt

Artikel lain: Ameera Khan sudah ‘move on’, mahu cari pasangan yang kaya dan baik – “Dia perlu maintain saya”

Dalam pada itu, warganet turut memetik nama Haris Ismail dan Neelofa agar memberi nasihat kepada Ameera supaya tidak melanggar hukum agama.

alt

Untuk makluman, ini bukan kali pertama kerana sebelum ini Ameera kerap menjadi bahan bualan ramai apabila tampil dengan busana seksi dalam media sosial.

: Threads nrleemy

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts