by Oh! Semput
Pempengaruh media sosial, Mekyun meluahkan rasa hairan terhadap segelintir individu yang membuang air kecil atau besar tanpa menggunakan air untuk membersihkan diri.
Menerusi hantaran di Threads, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 29, berkata dia tertanya-tanya sama ada mereka yang hanya menggunakan tisu selepas membuang air benar-benar berasa selesa dengan cara tersebut.

“Mekyun curious sampai sekarang, macam mana orang boleh kencing atau poo poo tanpa guna air?”
“Tak rasa macam kurang selesa ke kalau wipe guna tisu sahaja?”
Menurut Mekyun, dia yang sudah terbiasa menggunakan air sejak kecil akan berasa kurang selesa sekiranya tandas awam tidak menyediakan kemudahan air atau bidet.
Disebabkan itu, Mekyun berkata dia akan sentiasa bersedia dengan membawa botol berisi air ketika melancong ke destinasi yang tidak menyediakan kemudahan tersebut.
“Kalau travel ke mana-mana yang tak ada bidet, saya akan standby botol air kosong. Saya tak boleh kalau toilet tak ada air atau bidet.” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Macam Mana Orang Boleh Kencing, ‘Wipe’ Pakai Tisu Sahaja?” – Mekyun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.