Lubang Gergasi Di Jepun Mendap Semula

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 29 Nov 2016 15:00:27

TOKYO: Lokasi lubang benam yang dibaiki dalam tempoh seminggu di Jepun baru-baru ini, terpaksa ditutup semula apabila tanah di kawasan itu mendap semula.

Rata-rata media tempatan dan luar negara memuji kepakaran Jepun untuk membaiki lubang benam seluas 30 meter lebar dan 15 meter dalam di Fukuoka, barat daya negara itu.

Komen di Bawah yang dipetik dari Twitter

So you remember the giant sinkhole that opened up in Japan last week? Well it’s fixed! http://pic.twitter.com/JcE8zGcOAK

— ㅤ¹ (@yoo200o) November 16, 2016

#Japan gets a sink hole done in two days (48hrs). That’s what we mean by effective and efficient #publicservice https://t.co/ixQUj1H5Wt

— Robert Nemala (@RNemala) November 16, 2016

Namun Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima terpaksa meminta maaf apabila jalan tersebut ditutup semula selepas permukaan tanah mula tenggelam kira-kira 6.8 sentimeter.

Masalah tersebut timbul pada Ahad lalu sehingga menyebabkan berlaku kesesakan teruk kerana lubang benam itu terletak di kawasan persimpangan yang sibuk.

PERBEZAAN dalam tempoh seminggu selepas kejadian lubang benam (kanan) berlaku di bandar Fukuoka, barat daya Jepun.

PERBEZAAN dalam tempoh seminggu selepas kejadian lubang benam berlaku di bandar Fukuoka, barat daya Jepun. Gambar kiri diambil pada 8 November 2016 sementara kanan pada 15 November 2016

Rangkaian televisyen CCN yang memetik kenyataan Takashima menerusi laman sosial Facebook berkata, beliau meminta maaf kerana tidak mengeluarkan amaran kepada penduduk tentang kejadian terbaharu itu.

CNN turut melaporkan, pakar telah menjangkakan berlaku pergerakan memandangkan simen dan tanah digunakan dalam kerja-kerja pemulihan tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tempoh yang diperlukan pihak berkuasa Fukuoka untuk membaiki semula jalan itu.


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts