by Oh! Semput
Bayangkan quality time yang penuh gelak tawa, cerita ringan dan momen bonding antara ibu dan anak perempuan sambil menikmati sesi spa yang menenangkan.
Dari rendaman kaki yang segar, urutan aromaterapi yang melegakan stres, sampai ke penjagaan wajah yang buat kulit rasa fresh dan glowing, ini bukan sekadar “me time”, tapi mother & daughter spa time yang penuh kasih sayang dan hubungan.

Sempena hari ibu 2026, Urban Retreat Spa menawarkan promosi “Treat Mom Together & Enjoy 40% Off”. Pelanggan boleh menikmati diskaun 40% untuk pax kedua bagi rawatan body massage atau spa treatment apabila hadir bersama ibu. Promosi berlangsung dari 1 hingga 31 Mei 2026, sepanjang hari kecuali cuti umum di cawangan; Sunway 163 Mall, 1 Mont Kiara, The Curve, KL East Mall dan Tropika Bukit Jalil.

Ozmosis Wellness Spa memperkenalkan beberapa pakej spa eksklusif untuk memanjakan ibu dengan pengalaman relaksasi dan self-care terbaik.
Antara pakej ditawarkan termasuk Essential Mom Glow, Self-Care Mom, Slimming Detox Queen dan My Queen’s Treat dengan harga bermula RM288++ hingga RM470++ seorang. Rawatan merangkumi aromatherapy massage, body scrub, facial dan onsen bath. Lebih menarik, pelanggan turut menikmati RM50 off untuk jumlah bil apabila membuat tempahan untuk dua orang.

Uroot Spa tampil dengan promosi gift card eksklusif untuk memanjakan ibu dengan sesi spa yang menenangkan.
Antara tawaran diberikan termasuk:
Beli RM180, dapat RM200
Beli RM300, dapat RM350
Beli RM480, dapat RM550
Penebusan bermula 17 Mei 2026 dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2026.

Iridium Spa menawarkan pengalaman wellness eksklusif sehingga 31 Mei 2026. Pakej ini bermula dengan herbal sauna, diikuti 70 minit aromatherapy massage dan diakhiri dengan hydrating facial untuk relaksasi serta pemulihan kulit. Harga ditawarkan adalah RM680 nett seorang, dengan sesi berlangsung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Level 6.

PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur melalui St Gregory Spa menawarkan promosi “Pamper The Queen”. Pelanggan boleh menikmati 30% diskaun untuk semua single treatment di St Gregory Spa (Level 6) dari 6 hingga 13 Mei 2026. Tempahan awal diperlukan dan tertakluk kepada kekosongan.
Baca: Hadiah yang Paling Sesuai dan Tak Cliche Untuk Hari Ibu