Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Lebih Meluas Di 4 Daerah Di Sabah

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 09 Feb 2026 04:00:21

U Mobile memperkukuh kehadirannya di Sabah dengan pengembangan agresif rangkaian 5G generasi baharu, ULTRA5G.

U Mobile memaklumkan, liputan ULTRA5G  mereka kini lebih meluas di Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort dan Kudat, termasuk bangunan utama seperti Imago Mall dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Dengan pencapaian terbaru ini, U  Mobile percaya rakyat Sabah, khususnya pelanggan U Mobile mudah alih kini menikmati pengalaman sambungan berkualiti tinggi dengan latensi rendah seperti panggilan video serta penstriman langsung yang sangat lancar, walaupun di kawasan berimpak tinggi di mana liputan mungkin sesak.

Sempena pencapaian ini, U Mobile turut menganjurkan festival muzik, makanan dan fesyen berskala besar iaitu CARA U Sabah ULTRA5G Fest di Jetty DBKK selama 3 hari yang telah diadakan dari 6 hingga 8 Februari 2026 lalu.

U Mobile memaklumkan, sehingga Januari 2026, mereka telah menambah satu lagi kedai runcit perkhidmatan penuh di Kompleks Karamunsing di mana pengguna akan menikmati bantuan peribadi, peranti terkini dan akses kepada rangkaian lengkap pelan U Mobile, termasuk tawaran yang disesuaikan untuk Malaysia Timur seperti Prabayar U Borneo, Pascabayar U Borneo dan U Home 5G Borneo.

{suggest}

Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Lebih Meluas Di 4 Daerah Di Sabah WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts