by Oh! Semput
Kontroversi melibatkan selebriti versatil, Azad Jasmin kembali hangat diperkatakan apabila didakwa menggelar ibu kepada pempengaruh, Tareq Fit dengan panggilan tidak wajar.
Menerusi hantaran yang dibuat Tareq di platform Thread, dia meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isu tersebut tercetus susulan tegurannya terhadap Azad berkaitan kandungan hiburan yang dianggap tidak sesuai.

Dalam perkongsian sama, Azad dilihat membalas dengan kenyataan yang turut mengaitkan ibu Tareq, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.


Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan kerana melibatkan ahli keluarga.
Ada juga yang mula menyuarakan gesaan memboikot Era susulan beberapa kontroversi melibatkan selebriti terbabit.




Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada Pak Azad berkaitan kata-kata yang dihantar melalui Direct Message (DM) kepada pempengaruh terbabit.
Terdahulu, Azad bersama Nabil Mahir dan Radin pernah terpalit kontroversi berkaitan video yang didakwa memperlekehkan ritual kavadi semasa Thaipusam.