Letupan Dron Dekat Markas UNIFIL, Tiada Anggota ATM Cedera

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 13 May 2026 08:01:46

Tiada anggota Angkatan Tentera Malaysia atau staf United Nations Interim Force in Lebanon dilaporkan maut atau cedera dalam insiden letupan dron berhampiran markas UNIFIL di Naqoura, selatan Lebanon semalam.

Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu Malaysia apabila satu dron yang tidak dikenal pasti meletup berhampiran pagar perimeter markas UNIFIL.

Menurut beliau, letupan tersebut berlaku sekitar 20 meter dari Malaysia House iaitu kawasan penempatan Pegawai Staf Tentera Malaysia yang bertugas di markas berkenaan.

Bagaimanapun, semua anggota sempat berlindung di bunker selepas siren amaran dibunyikan sekitar jam 5.19 petang dan arahan perlindungan segera dikeluarkan kepada semua petugas di kawasan markas.

Insiden itu hanya menyebabkan kerosakan kecil pada bahagian luar dan dalam bangunan Malaysia House tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Kawasan sekitar lokasi kejadian kini ditutup sementara bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dan siasatan dijalankan oleh pihak UNIFIL bersama elemen berkaitan.

Penilaian lanjut turut dilakukan bagi mengenal pasti tahap kerosakan terhadap struktur bangunan dan peralatan, manakala kerja pembaikan akan diselaraskan oleh pasukan MALBATT 850-13.

Naqoura merupakan lokasi penting operasi pengaman UNIFIL yang ditempatkan di selatan Lubnan bagi memantau situasi keselamatan di kawasan sempadan yang sering bergolak akibat konflik serantau.

Kementerian Pertahanan memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau rapat perkembangan semasa di kawasan operasi dan bekerjasama dengan UNIFIL bagi memastikan keselamatan anggota Malaysia sentiasa terjamin.

upan Dron Dekat Markas UNIFIL, Tiada Anggota ATM Cedera first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts