by Oh! Semput
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkongsi hantaran di media sosial apabila memperlihatkan hasil tangkapan dari kolam ternakan ikan yang dimiliki di belakang kediamannya.
Menerusi muat naik tersebut, Mohamad Sabu atau Mat Sabu menyatakan jika ada sedikit tanah di laman rumah, tidak salah untuk menternak ikan juga selain daripada bercucuk tanam.
Ujarnya, beliau mempunyai dua buah kolam ikan di belakang rumah yang menternak beberapa jenis ikan air tawar.

Beliau juga teruja berkongsi cerita tentang hasil tangkapan yang menjadi juadah berbuka puasa sekali gus mendapat hasil protein segar serta dapat berjimat untuk perbelanjaan dapur.

Artikel lain: Konflik Asia Barat, Mat Sabu seru penjawat awam mula bercucuk tanam
Sebelum ini, beliau telah menyarankan kepada Kumpulan penjawat awam yang memiliki kediaman di atas tanah seperti rumah teres dan rumah kampung disarankan memulakan aktiviti menanam sayur di kawasan rumah masing-masing.
Langkah tersebut merupakan antara usaha persediaan yang boleh dilakukan jika konflik yang berlaku di Asia Barat masih berterusan.
: Facebook Mohamad Sabu