by Oh! Semput
Selebriti versatil, Alif Satar berkongsi berkongsi pandangan mengenai cara menilai keikhlasan seorang lelaki sebelum mendirikan rumah tangga.
Menerusi satu hantaran video di laman Instagram, Alif menjelaskan kisah seorang ustaz yang meletakkan syarat unik kepada bakal menantunya sebagai tanda kesungguhan untuk berkahwin.

Foto: IG Alif Satar
Penyanyi dan pelakon itu berkata, syarat tersebut bukan melibatkan wang atau harta sebaliknya berkait dengan amalan agama dan disiplin diri.
Menurutnya, pendekatan itu dilihat sebagai satu kaedah untuk menilai keikhlasan serta komitmen seorang lelaki dalam memikul tanggungjawab sebagai suami.

Foto arkib: IG Alif Satar
Alif turut berkongsi bahawa lelaki berkenaan berjaya memenuhi syarat tersebut dengan penuh kesungguhan sebelum akhirnya dibenarkan berkahwin. Jelasnya, perkara itu menunjukkan usaha dan keikhlasan yang tidak dibuat-buat.

Foto arkib: IG Alif Satar
Dalam masa sama, Alif menegaskan bahawa nilai agama dan akhlak seharusnya menjadi keutamaan dalam memilih pasangan hidup berbanding meletakkan kekayaan sebagai ukuran utama.
Dia juga mengingatkan ibu bapa agar mendidik anak perempuan supaya memahami nilai diri serta berdikari dalam kehidupan.
: Instagram Alif Satar