Lawatan Menteri Kanan Singapura Ke Pahang Dan Terengganu Bertujuan Perkukuh Hubungan, Teroka Bidang Kerjasama Baharu

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 08 May 2026 13:32:17

SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong berkata pada Khamis (7 Mei) bahawa lawatannya ke negeri Pahang dan Terengganu di Malaysia bertujuan mengukuhkan hubungan di peringkat kebangsaan dan negeri, di samping meneroka bidang kerjasama baharu antara kedua-dua pihak.

"Di peringkat nasional, kami mempunyai hubungan baik antara kedua-dua perdana menteri, kementerian kita semua bekerjasama dengan rakan sejawatan mereka, namun ia juga perlu dilengkapi dengan kerjasama di peringkat negeri," katanya.

"Dengan negeri-negeri seperti Johor, kita mempunyai banyak perbincangan, dengan Pahang dan Terengganu ... negeri-negeri lain di pantai timur, tidak begitu sangat.

"Namun, ini adalah negeri-ngeri besar dan penting untuk difahami dan untuk terus berhubung, serta mempunyai potensi untuk membangunkan peluang ekonomi, peluang pelancongan, pertukaran dan kerjasama lain di mana kita boleh meningkatkan pemahaman bersama kita."

Encik Lee bercakap kepada wartawan Singapura semasa wawancara bagi menggulung lawatan lima harinya ke Malaysia, yang berakhir pada Jumaat (8 Mei).

Semasa lawatannya, Encik Lee bertemu dengan para pemimpin kanan dari Pahang dan Terengganu.

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan bertemu dengan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, serta beberapa pemimpin negeri yang lain.

Mengulas tentang lawatannya ke Terengganu, Encik Lee berkata kedua-dua pihak mengenal pasti beberapa bidang dengan potensi kerjasama.

Ini termasuk perlindungan pantai, dengan Singapura membangunkan langkah-langkah bagi menangani kenaikan paras air laut dan Terengganu berdepan hakisan pantai bermusim semasa cuaca monsun, serta penilaian kesan alam sekitar bagi projek tenaga yang boleh diperbaharui seperti ladang solar terapung.

Encik Lee berkata pelancongan merupakan satu lagi bidang kepentingan, sambil menarik perhatian bahawa rakyat Singapura sudah pun mengunjungi pulau luar pesisir Terengganu seperti Redang dan Perhentian, dan mungkin terdapat peluang untuk terus membangun dan mempromosikan destinasi-destinasi lain di negeri itu.

Singapura juga terbuka untuk melanjutkan Program Kerjasama Singapura kepada pegawai Terengganu, menawarkan latihan penempatan dan kursus bagi berkongsi kepakaran, kata Encik Lee.

Encik Lee menambah hubungan dua hala antara Singapura dengan Malaysia kekal kukuh, dengan adanya pendampingan secara berkala antara Perdana Menteri Lawrence Wong dengan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim serta kerjasama berterusan antara kementerian.

Projek-projek seperti Laluan RTS Johor Bahru-Singapura mencatat kemajuan baik, manakala kedua-dua pihak juga sedang mengusahakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, katanya.

Pada masa yang sama, Encik Lee akur bahawa isu-isu lama seperti sempadan maritim, ruang udara dan bekalan air, masih dibincangkan.

"Ini adalah perkara yang perlu kita uruskan dan pastikan ... ia tidak, secara tidak sengaja, mengaburkan dan menjejas hubungan keseluruhan dengan cara yang tidak baik," katanya.

"Kita berdua adalah negara yang sangat berbeza, namun kita akan berjiran selama-lamanya dan kita perlu menjadi kawan bekerja selama-lamanya, justeru kita perlu berusaha dan memahami perbezaan masing-masing dan pastikan perbezaan ini tidak menyebabkan kita untuk, secara tidak sengaja, menimbulkan masalah antara satu sama lain."#BeritaMediaCorp

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts