Acer Lancar Monitor Gaming Baharu Di Malaysia, Harga Dari RM479

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 02 Apr 2026 04:00:24

Acer Malaysia memperkenalkan rangkaian monitor premium baharu yang menyasarkan pengalaman gaming lebih imersif dan berprestasi tinggi.

Menerusi model utama Predator X27U F5, monitor OLED 26.5 inci dengan kadar segar semula sehingga 500Hz ini mampu menyampaikan visual lebih tajam.

Monitor ini turut menawarkan gamut warna DCI-P3 99%, AMD FreeSync™ Premium Pro, serta VESA DisplayHDR™ True Black 500.

Sementara itu, bagi mereka yang mahukan monitor melengkung, Predator X34 X5 hadir dengan paparan UWQHD 34 inci melengkung 1800R, memberikan sudut pandang luas dan pengalaman sinematik.

Ia menyokong kadar segar semula sehingga 240Hz, masa tindak balas 0.03ms, serta teknologi AMD FreeSync™ Premium Pro dan NVIDIA G-SYNC™ Compatible.

Untuk pengguna umum yang mahukan monitor besar pada harga mampu milik, Acer menawarkan Nitro KG3 Series dalam saiz 23.8 inci dan 27 inci.

Monitor ini menampilkan paparan WQHD IPS dengan kadar segar semula 144Hz, masa tindak balas 1ms VRB, serta AMD FreeSync™.

Reka bentuk ultra-nipis 7.2mm dan ZeroFrame menjadikannya sesuai untuk konfigurasi multi-monitor.

Sempena pelancarannya, Acer Malaysia menawarkan promosi masa terhad untuk para pelanggan yang membeli sebuah paparan ini sebelum 14 April 2026.

Sepanjang tempoh itu, monitor Predator X27U F5 yang dijual pada RM2,899 boleh dimiliki pada harga RM2,599 + tetikus gaming.

Predator X34 X5 pula yang berharga RM3,499 boleh didapati pada harga RM3,099 + beg Predator, manakala Nitro KG243YU P1 pada RM479 dan KG273U P1 pada RM549.

Semua model hadir dengan jaminan tiga tahun, termasuk perlindungan burn-in untuk OLED.

Beli barisan produk Acer baharu ini dari stor rasmi:

{suggest}

Acer Lancar Monitor Gaming Baharu Di Malaysia, Harga Dari RM479 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts