by Oh! Semput
Kerajaan Selangor mengenal pasti hanya sekitar 11,000 ekor babi masih ditempatkan di ladang sekitar Tanjong Sepat sebelum operasi ternakan itu ditutup sepenuhnya dalam masa terdekat.
Memetik laporan daripada Sinar Harian, Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim menyatakan jumlah tersebut melibatkan kira-kira 30 ladang yang masih beroperasi di kawasan berkenaan.
Menurutnya, baki ternakan itu belum cukup matang untuk dilupuskan atau disembelih selepas semua pengusaha diarahkan menghentikan operasi sejak Februari lalu.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan kerajaan negeri akan membantu 87 pengusaha ladang beralih kepada aktiviti pertanian lain selepas perusahaan ternakan itu dihentikan.
Katanya, perbincangan bersama pihak berkaitan termasuk Menteri Besar Selangor dan Kementerian Pertanian telah diadakan bagi mencari kaedah terbaik membantu pengusaha terlibat.

Beliau turut memaklumkan satu mesyuarat susulan dijadualkan pada 9 Jun ini bagi memperincikan langkah kerajaan negeri dan Persekutuan termasuk usaha pemulihan tanah di kawasan terbabit.
: Sinar Harian (Mohd Izzatul Izuan Tahir)