Bank Kuasa UGREEN Baharu Guna Teknologi Bateri BYD

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 21 Apr 2026 11:00:23

UGREEN dan BYD Battery  telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan fokus utama untuk melancarkan produk bank kuasa mudah alih menggunakan sel bateri baharu mengikut piawaian  berkeselamatan tinggi.

Langkah ini selaras dengan pengumuman rasmi China untuk pematuhan piawaian baharu GB 47372-2026: Spesifikasi Teknikal Keselamatan Bank Kuasa Mudah Alih yang berkuat kuasa pada 1 April 2027.

BYD Battery akan membawa kekuatan rantaian mereka lengkap daripada R&D bahan sehinggalah pembuatan sel ke dalam bank kuasa UGREEN.

Kerjasama ini akan melibatkan R&D bersama, pengeluaran besar-besaran sel patuh piawaian, serta integrasi ke dalam produk bank kuasa generasi baharu UGREEN dengan ciri perlindungan seperti dari suhu tinggi, pengecasan berlebihan, serta ujian hayat untuk mengesan risiko litar pintas dalaman.

Sistem penjejak juga akan diwujudkan di mana setiap produk tersebut diwajibkan mempunyai nombor ID unik bagi memastikan ketelusan dan kebolehkesanan bateri memenuhi standard keselamatan.

Dengan kerjasama ini, UGREEN bakal memperkenalkan generasi baharu bank kuasa yang lebih selamat, boleh dipercayai, dan memenuhi keperluan pengguna moden.

Pelancaran rasmi dijangka menarik perhatian pasaran kerana bank kuasa UGREEN akan datang ini mengandungi teknologi bateri BYD di dalamnya.

{suggest}

Bank Kuasa UGREEN Baharu Guna Teknologi Bateri BYD WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts