Konon celik Perlembagaan, Tony Pua bagai kaduk naik junjung, lupa adab dan batas – Asyraf Wajdi

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 20 May 2026 07:04:29

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengecam keras kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang didakwa mempersendakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sekali gus menyifatkan tindakan itu sebagai tidak beradab terhadap institusi Raja Melayu.

Menurut beliau, tindakan berkenaan jelas mencerminkan sikap yang bercanggah dengan prinsip hormat terhadap institusi Raja meskipun individu terbabit mendakwa memahami Perlembagaan Persekutuan.

“Konon celik Perlembagaan, tetapi dangkal adab terhadap Institusi Raja.
“Bila Titah Sultan dipersenda, itu bukan kebebasan bersuara, itu biadab.
“Tony Pua ni bagai kaduk sudah naik junjung, lupa adab dan batas. UMNO bersama Tuanku!” katanya menerusi hantaran di Facebook.

alt

Sebelum ini, Sultan Selangor menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki serta bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew supaya mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor bagi menghayati makna sebenar Rukun Negara.

Dalam pada itu, Tony dalam hantaran yang didakwa dimuat naik di Facebook menjelaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, di mana kuasa Raja adalah terhad kepada peruntukan tertentu termasuk hal berkaitan adat Melayu, Islam serta fungsi perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

alt

Beliau turut didakwa menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem yang membolehkan raja mengeluarkan titah yang mengikat serta menggubal semua aspek kehidupan rakyat.

alt

Tony juga menegaskan kesetiaannya kepada Raja dan negara, serta mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang berasaskan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara, bukan semata-mata berdasarkan titah.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts