by Oh! Semput
Pelakon Pablo Amirul, menjadi perhatian ramai setelah berkongsi berita gembira iaitu bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama wanita pilihan hati, Dr Hana Rose pada bulan hadapan.

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Amirul Hisyam Mohd Sakri itu memuat naik kad jemputan perkahwinan dan tidak sabar menghitung hari bahagia mereka yang bakal berlangsung pada hari Isnin, 2 Februari 2026.

Dalam pada itu, Pablo juga turut berkongsi petikan ayat dari surah Ar-rum 30, ayat 21 yang menyentuh mengenai kasih sayang sesama pasangan.
Artikel lain: Sebab sayang, Pablo Amirul tak kisah bakal isteri tak pandai masak
Terdahulu, pada April tahun lalu, Pablo memaklumkan bahawa dirinya sedang menjalinkan hubungan yang serius dengan seorang pakar estetik yang dikenali sebagai Dr Hana Rose.
Malah pelakon itu menjelaskan bahawa hubungannya bersama Dr Hana telah mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga dan bakal mendirikan rumah tangga apabila tiba masa yang sesuai.
: Instagram Pablo Amirul